Portal perbincangan semasa

The One Stop Centre for discuss about health

Saturday, September 23, 2006

Discussion about health

Who ever out there want to discuss about health,please do so..
I would like to discuss about your experience how to handle some disease

2 Comments:

Blogger bincang2u said...

Beside health we can discuss any matter relevan

11:23 AM  
Blogger bincang2u said...

Maklumat ni saya ambil dari berita BIOVCO yang dikirim kepada saya oleh BIOVCO. Saya ambim nota ni sebab penyakit ni pernah menyerang saya pada tahun 2002 iaitu selepas 5 bulan melahirkan anak pertama saya. Selama 1 1/2 tahun saya terpaksa mengambil ubat untuk mengurangkan penyakit ini.
Bacalah untuk pengetahuan semua

Dipetik dari berita BIOVCO:
Kelenjar ini antara kelenjar dalam sistem endokrin.

Kelenjar ini dikawal oleh hipotalamus dan pituitari melalui hormon TRH dan TSH.

Jika hormon ini kurang semasa peringkat kanak-kanak, tumbesaran fizikal akan terencat sehingga menjadi seperti 'Peter Pan'.

Andainya kekurangan hormon ini berlaku pada orang dewasa, suara akan menjadi parau, kecerdasan akan menurun dan pesakit akan mengalami masalah sembelit.

Apabila paras hormon ini terlalu tinggi di dalam darah, pesakit akan mengalami keadaan hipertiroidsma (toksik).

Antara simptom yang dialami ialah denyut nadi kuat, peluh berlebihan, selera bertambah dan pemarah.

Pesakit muda yang kronik akan mengalami penonjolan keluar biji mata manakala pesakit tua akan mengalami masalah denyutan jantung yang tidak menentu.

Goiter tidak toksik: Pembesaran kelenjar tiroid yang dapat dilihat dikenali sebagai goiter. Keadaan ini boleh berlaku sama ada dalam keadaan paras hormon tiroksin normal dan pesakit tidak mengalami apa-apa kesan atau paras hormon tiroksin tinggi dan mengakibatkan penyakit goiter toksik.

Pada amnya penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki pada kadar tujuh kepada satu. Penyakit goiter tidak toksik juga lebih kerap berlaku di kalangan wanita, fenomena ini adalah benar di seluruh dunia.

Sebab-sebab goiter: Pembesaran kelenjar tiroid boleh berlaku semasa remaja akibat rangsangan berlebihan hormon TSH.

Keadaan ini bersifat fisilogi dan tidak membimbangkan.

Goiter boleh berlaku dalam kawasan yang rentan akibat dari kekurangan zat iodid dalam makanan.

Penduduk yang jauh dari kawasan laut lebih terdedah kepada keadaan yang demikian. Makanan laut, terutama tumbuhan, dikenali mempunyai kadar iodid yang tinggi.

Pembesaran kelenjar tiroid pada peringkat umur muda kemungkinan berlaku kerana kekurangan daya penghasilan hormon tiroksin secara normal dan pembesaran yang terjadi akibat rangsangan berlebihan dalam usaha badan meningkatkan paras hormon tersebut.

Kadang-kadang bengkak di tiroid boleh disebabkan oleh adenoma, kantung yang mengandungi air ataupun radang. Keadaan ini tidak berbahaya.

Pembesaran dalam bentuk pejal dan dalam satu nodul tunggal biasanya menimbulkan kerisauan di kalangan pakar perubatan kerana kemungkinan berlakunya barah pada kelenjar tiroid.

Ada beberapa jenis barah boleh berlaku dalam kelenjar ini seperti papillary, foliicular, medullary, anapalstic dan lymphoma.

Akibat goiter: Goiter yang membesar di hadapan leher akan mencacatkan rupa seseorang wanita. Goiter yang terlalu besar akan menekan salur pemakanan sehingga menimbulkan kesusahan semasa menelan, terutama apabila menelan makanan pejal.

Salur pernafasan juga mungkin menjadi sempit sehingga timbul kesusahan untuk bernafas. Ia boleh diikuti oleh bunyi 'stridor'.

Keadaan sedemikian akan lebih ketara apabila kelenjar tersebut tumbuh di belakang tulang sternum. Kesempitan ruang akan menyebabkan salur darah vena yang membawa darah dari muka ke jantung dan darah akan berkumpul di muka. Muka akan menjadi bengkak, kembang dan kemerah-merahan.

Goiter yang besar akan menyebabkan pesakit merasa pening apabila membuat pergerakan menundukkan muka, seperti menyapu sampah dan mengambil barang dari lantai.

Goiter yang disimpan terlalu lama boleh berubah menjadi terlalu aktif di beberapa tempat dan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan dan berubah menjadi goiter toksik.

Goiter toksik di kalangan orang tua akan mendedahkan pesakit kepada risiko denyutan jantung tidak menentu dan kegagalan jantung.

Keadaan begini akan membawa maut dengan cepat.

Terdapat risiko beberapa fokus tertentu akan berubah menjadi malignan (kanser), terutama dari jenis folikular.

Teknik diagnosa: Pembesaran dalam bentuk nodul tunggal harus disiasat dengan rapi untuk menentukan ia bukan ketumbuhan barah.

Kaedah Fine Needle Aspiration Cytology (FNA) dibuat untuk mendapatkan sel-sel dari tiroid supaya kajian sitologi dapat dibuat.

Rawatan goiter: Goiter yang membesar secara seragam (diffuse goiter) boleh dirawat menggunakan hormon tiroksin, walaupun tidak semua akan menunjukkan rangsangan yang memuaskan.

Goiter yang terlalu besar, yang menyebabkan komplikasi mekanikal dan yang berubah kepada fokus toksik memerlukan rawatan pembedahan.

Doktor pakar akan berbincang dengan pesakit mengenai jenis pembedahan yang paling sesuai dengan penyakit yang dihidapi.

Soal jawab pengguna

Penyakit THYROID

Saya ingin bertanya jika Minyak Kelapa Dara BIOVCO boleh menghilang penyakit thyroid. Saya kemungkinan menghidap thyroid kata doktor. Getaran di jari kedua-dua tangan. kurang nafsu makan?

Berdasarkan simptom yang saudari nyatakan, saya dapati yang saudari mungkin mengalamai masalah hyperthyroidism. Ia adalah keadaan di mana terdapat seksresi hormon tiroksin yang berlebihan dalam badan. Minyak Kelapa Dara BIOVCO boleh membantu masalah saudari dengan menyeimbangkan kembali penghasilan hormon tiroksin dalam badan. Amalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara BIOVCO 1-2 sudu besar sehari. Selepas sebulan pengambilan Minyak Kelapa Dara, saya nasihatkan saudar1 untuk membuat pemeriksaan darah bagi melihat paras hormon T3 dan T4. Semoga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Testimoni Pengguna : THYROID

Saudara/i yang dihormati,

Saya ingin kongsi pengalaman dan kesan setelah mengamalkan minyak kelapa dara BIOVCO.

Saya mengidap penyakit thyroid yang kronik sejak remaja. Berat badan turun dengan mendadak sekali dan rambut juga gugur hingga hampir botak. Saya mendapat rawatan di HKL selama beberapa tahun sehingga saya penat nak berulang kesana.

Apabila rambut dah tumbuh dan badan pun dah naik semula, saya ingatkan saya dah pulih betul. Walaupun ada terdapat benjolan di leher saya. Doktor syorkan supaya saya menjalani pembedahan tetapi disebabkan perasaan takut maklumlah nak disembelih dileher, saya diamkan sahaja. Dan benjolan dileher memang amat ketara. Kadang kadang terasa susah nak menelan.

Saya telah meminum biovco. Adalah dalam 9 hari saya mengamalkan biovco, bengkak dileher telah hilang, leher saya sekarang ni boleh lah dikatakan 99% pulih. Tiada benjolan lagi. Kita iktiar, usaha disertakan doa', insyallah dimakbulkan.

Wallahualam.

Pn. Norriah Bt Abd Munir
Desa Subang Shah Alam
Selangor

11:17 PM  

Post a Comment

<< Home

 
Web www.health.com

Add to Google

Add to The Free Dictionary